Bariqannur Photography adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan fotografi. Kami mempunyai kepakaran terutama dalam bidang FOTOGRAFI PERKAHWINAN. Bermula dari hari pertama pengenalan, merisik, bertunang dan seterusnya hingga ke jinjang pelamin. Kami menyediakan perkhidmatan ini kepada bakal pengantin di seluruh Malaysia terutama di Negeri Melaka. Namun kami juga menerima tempahan di luar kawasan Melaka demi memenuhi permintaan pelanggan. Dengan pengalaman yang ada dalam bidang ini, kami telah menubuhkan syarikat pada tahun 2007 untuk memajukan lagi perniagaan kami. Di samping penggunaan peralatan fotografi yang lengkap, kami juga mahir dengan penyuntingan gambar yang mampu memberikan anda kepuasan dalam suasana kenangan fotografi perkahwinan yang lebih menarik dengan harga yang berpatutan dan memang berbaloi mengikut bajet anda. “Natural, Candid, dan Photojounalism” adalah merupakan gaya persembahan fotografi kami. Pasti kami tidak akan melepaskan setiap detik kegembiraan dan keriangan di hari istimewa anda untuk dialbumkan sebagai kenangan terindah. Kami akan pastikan setiap gambar yang ada mampu menyingkap seribu makna di hari bersejarah yang akan menjadi cerita dan peristiwa yang tidak anda lupakan sampai bila-bila.

Selain Perkahwinan : Kami juga mahir dalam perkhidmatan seperti Majlis Korporat, Majlis Konvokasyen, Majlis Hari Lahir, Hari Keluarga, Sukan dan Permainan, Gambar Keluarga, Kanak-kanak dan Bayi.

Keluarga Kami

1. Anas Asyura a.k.a Anas - Pengurus / Senior Photographer - 012-2696983

2. Muhaimi a.k.a tok putih - Pengurus / Senior Photographer - 012-9831632

3. Muhammad Rizal a.k.a Mr. RiZz - Photographer - 014-2669353

4. Sardi a.k.a Adipurie - Videographer - 017-6371279

Bariqannur Photography ditubuhkan atas nama Bariqannur Enterprise

No Pendaftaran : MA 0114697-X

Di alamat no 116-1, Jalan CB1, Cheng Baru, 75250 Melaka